![]()
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms
| LAMAN UTAMA | WEBMASTER | CHAT | EMEL | PAPAN MESEJ |
| MAKLUMAT | PERMAINAN | JARINGAN | FORUM | BUKU PELAWAT |
Peranan Remaja Dalam Mengekalkan Kemerdekaan Negara Malaysia
Merdeka adalah satu perkara yang amat
bermakna kepada kita terutamanya kepada para perajurit yang terlibat secara
langsung dalam peperangan untuk menuntut kemerdekaan.Keberanian dan kecekalan
mereka perlulah kita hargai.Sifat kepahlawanan mereka telah memberi kebebasan
kepada kita untuk mencorakkan bumi Malaysia yang tercinta ini.Sekarang,telah
tiba masanya untuk kita pula menyambung perjuangan mereka dalam mengekalkan
kemerdekaan negara ini.
Kedaulatan
negara perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya supaya anak-anak kita dapat
mengecapi kebebasan seperti yang kita miliki sekarang.Janganlah kita yang
menjadi penyebab kehilangan kebebasan ini untuk dinikmati generasi masa
hadapan.Para remaja adalah di antara golongan yang dipertanggungjawabkan untuk
mengekalkan kemerdekaan negara ini.kita seharusnya berbangga kerana dapat
menetap di negara bertuah yang dipanggil Malaysia.Untuk mencerminkan perasaan
cinta kepada negara sendiri,remaja perlulah menjaga dan mempertahankan maruah
bangsa dan negara.
Para remaja
perlulah bersemangat setia kepada negara supaya pengekalan kemerdekaan negara
dapat dilakukan dengan semangat kepahlawanan yang berkobar-kobar.Di antara cara
untuk remaja mengekalkan kemerdekaan negara adalah dengan menyertai angkatan
tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus
secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat
dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara.
Remaja juga
perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan
bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila
semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga
akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan
Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah
dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.
Disiplin
perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan remaja
yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin
dalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab dan menepati masa
sekaligus dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja
juga dapat dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang
berasaskan ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan
Akademi Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat
keperibadian yang unggul.
Dalam usaha
untuk mengekalkan kemerdekaan negara, remaja perlulah lebih berusaha dan
produktif apabila melakukan sesuatu perkara.Para remaja haruslah lebih tabah
dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak-hak mereka.Kita juga mesti
berdikari dan tidak bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat menjamin
kedaulatan negara.