
![]()
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms
| LAMAN UTAMA | WEBMASTER | CHAT | EMEL | PAPAN MESEJ |
| MAKLUMAT | PERMAINAN | JARINGAN | FORUM | BUKU PELAWAT |
Tujuan saya menulis mesej ini adalah untuk menyedarkan
manusia yang lalai,Umat Islam yang jahil dan orang bukan Islam khususnya yang
memusuhi Islam kerana kurang pengetahuan.Saya juga masih kurang ilmu pengetahuan
tetapi saya akan menyebarkan ilmu pengetahuan saya yang cetek itu untuk kebaikan
semua.
Agama Islam adalah agama yang sebenar dan akan kekal menjadi agama yang sebenar-benarnya.Kenapa orang lain hendak mempelajari Islam semata-mata untuk memburuk-burukkannya.Kenapa tidak di cari kebenarannya.Sedangkan sebatang jarum pun ada penciptanya,inikan pula manusia yang serba lengkap dengan akal fikiran dan alam semesta yang tiada sempadan.Mestilah manusia dicipta.Dan yang mencipta kita pula di panggil Tuhan.Siapakah tuhan.Adakah dia juga seperti kita.Adakah dia memiliki tangan,memiliki badan seperti kita.Jika ada di antara kita berpendapat sebegitu,maka dia memiliki minda yang terkepung.Jika ada yang berpendapat kita terjadi dari proses evolusi yang membabitkan monyet,Siapa pula yang mencipta monyet itu.Adakah martabat kita serendah martabat monyet.
Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang cara-cara manusia yang pertama di cipta iaitu Adam.Al-Quran juga menyebut tentang cara-cara kita semua di hidupkan,dilahirkan dan dimatikan.Dan pencipta kita itu adalah Allah yakni pencipta segala makhluk dan alam.Allah telah menurunkan kitab-kitabnya iaitu Kitab Taurat,Kitab Zabur,Kitab Injil dan Kitab Al-Quran serta beberapa panduan yang dipanggil suhuf
untuk memimpin manusia ke jalan yang benar.Panduan-panduan ini disampaikan kepada manusia melalui para utusan Allah yakni Rasul-rasul dan nabi-nabi Allah seperti Nabi Ibrahim,Nabi Isa dan Nabi Muhammad.Rasul-rasul ini hanyalah utusan Allah.Mereka juga sama seperti kita,cuma memiliki darjat yang tinggi,Kelebihan atau mukjizat kurniaan Allah dan amat taat kepada Allah.
Kandungan Al-Quran adalah lengkap meliputi setiap aspek kehidupan dan di jamin tidak akan mengalami perubahan walau sebaris ayat.Jikalau Al-Quran itu rekaan,bagaimana ia boleh mengetahui sejarah ribuan tahun lampau dan kisah penciptaan manusia.Al-Quran tidak memiliki keraguan didalamnya.Ayat-ayat di dalamnya juga amat tepat dari segi maksud.Utusan Allah yang menerima Kitab Al-Quran pula adalah Nabi Muhammad.Nabi Muhammad menerima Kitab tersebut melalui perantaraan malaikat tetapi apabila Allah mewajibkan sembahyang kepada Umat Islam,Nabi Muhammad di angkat ke langit untuk menemui Allah.Itu menerangkan bahawa sembahyang amat penting buat manusia.Nabi Muhammad adalah seorang yang buta huruf.Kenapa ada orang menuduh beliau yang mereka-reka Al-Quran.Ayat-ayat Al-Quran amat puitis dan bermutu.Mustahil Al-Quran direka oleh manusia.Tentulah Al-Quran di cipta oleh Allah yakni pencipta sekalian alam.
Nabi Muhammad memiliki sifat yang mulia.Beliau merupakan seorang pedagang sebelum di lantik menjadi rasul.Beliau juga amat jujur dan baik hati semasa berniaga dan diakui oleh pelanggan-pelanggannya.Beliau menjalani kehidupannya dengan serba sederhana.Beliau hanya tidur di atas tikar biasa.Kenapa ada orang yang mengatakan Nabi Muhammad kaya dan sombong.Nabi Muhammad telah melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab untuk menyebarkan panduan berguna bagi umat manusia.
Seluruh umat Islam beriman kepada semua nabi-nabi termasuk Nabi Musa,Nabi Isa dan juga Nabi Muhammad sebagai utusan Allah.Agama Islam menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.Semua manusia di cipta untuk memakmurkan alam ciptaan Tuhan.Bukan untuk berperang.Apakah pula persepsi agama lain berkenaan tujuan manusia di cipta.Mungkin ada agama yang langsung tidak mempunyai jawapan tentang tujuan manusia di cipta.Agama Islam meliputi seluruh aspek kehidupan bukan sahaja mengenai amal ibadah kepada Allah malah menerangkan tentang kehidupan di dunia dan juga di akhirat.Seharusnya kita boleh berfikir untuk mencari kebenaran yang sebenar untuk mencapai kerhedaan pencipta kita.